CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 24, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Belakang Badan


Bahagian belakang merupakan sumberkekuatan untuk mencapai kekayaan. Bahagian belakang yang ideal tegap dan kelihatan otot yang menarik dam membawa pengertian yang tertentu.

Lebar

Pemilik belakang badan yang tegap lebar adalah seorang hero atau wira. Seorang yang banyak sumber untuk memajukan dirinya dan orang lain. Selain itu seorang yang boleh diharap dalam melakukan sesuatu pekara.

Bulat Kura Kura

Kebisaanya mereka ini tergolong dalam ahli perniagaan yang berjaya. Pandai mencari peluang dan mengumpul harta. Mempunyai idea yang menarik dalam perniagaan. Namun begitu berat badan mudah naik jika tidak besenam.

Tiga Segi atau V Shape

Seorang individu yang seksi dan mempunyai anak yang ramai. Penyayang dan disukai ramai orang. Namun begitu sukar bekerja satu tempat yang agak lama.

Kurus Sempit

Kebiasaanya orang yang kurus. Orang yang banyak bermimpi dan tidak minat akan mengumpul kekayaan. Kebiasaanya terlibat dalam bidang kesenian dan kesusteraan

Rahsia Peribadi Melalui Saiz Tapak Tangan


Saiz tapak tangan melambangkan kemampuan pemiliknya mengawal orang di sekelilingnya, duit, kedudukan dan pembawaan diri di khalayak ramai. Ianya melambangkan kebolehan orang itu menjaga hartanya dan perhubungan orang lain.

Saiz Tangan Sederhana Dan Lembut

Orangnya lembut dan menarik. Sangat bernasib baik dalam urusan kewangan. Sangat berjaya dalam kehidupanya tampa perlu bekerja keras.

Saiz Tangan Sederhana Dan Keras

Pemiliknya seorang yang suka belajar dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa. Peramah serta penyayang. Aktif dan menarik. Pemikiran yang jelas akan arah tuju hidup dan kerjayanya. Pandai mengambil peluang untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi.

Saiz Tangan Kurus Dan Kering

Tangannya lurus. Nampak tulang. Kulit tangannya kering. Orangnya sangat berhati – hati dalam segala gerak geri. Suka bedikari dan bekerja keras dalam membina kerjaya tampa banyak bantuan dari orang lain. Keras kepala dan tidak suka mendengar nasihat orang.

Saiz Tangan Besar Dan Keras

Saiz tangan amat besar dan nampak tulang. Mempunyai fizikal yang gagah. Namun mempunyai pengetahuan yang amat cetek. Anda sukar berjaya dalam kerjaya.

Saiz Tangan Besar Kulit Tebal Dan Lembut

Pemilik tangan besar ini adalah seoranng yang artistic, kreatif dan sangat berjaya dalam hidupnya. Anda seorang yang banyak ilmu dan tidak kedekut. Anda juga senang dari segi kewangan.

Saiz Tangan Kecil

Empunya tangan ini adalah seorang yang idealistic sukar untuk menterjemahkan diaenya dalam reality dan pratikal. Seorang yang amat mementingkan masa dan siap mengikut jadual.

Rahsia Peribadi Melalui Himpunan Abjad Dalam Nama Anda


Setiap abjad dalam nama kita mewakili satu sifat dalam diri kita. Apabila abjad itu disatukan menjadi nama akan terbentuk rahsia peribadi dalam diri kita. Namun begitu satu abjad sahaja akan dikira walaupaun abjad itu lebih dari dua dalam nama anda. Cantumkan rahsia sebalik abjad nama anda dan kenali diri anda.

A Anda akan menjadi senyap jika memikirkan sesuatu.
B Anda sangat berhati – hati dengan orang yang baru anda kenali
C Anda sangat berahsia akan pasangan anda
D Anda mempunyai masalah untuk memepercayai seseorang.
E Anda mempunyai perwatakan menarik.
F Semua orang sayangkan anda
G anda mempunyai pandangan yang baik untuk melihat sesuatu pekara
H Anda bukan seorang yang mempunyai petimbangan yang baik.
I Anda seorang yang suka senyum dam suka membuat orang lain begitu..
J Kuat cemburu.
K Anda suka membuat banyak benda baru
L Orang yang kamu cintai amat kuat dan dalam
M Kejayaan akan terus berada jika kamu berusaha
N Kamu bukan suka bekerja dan akan berhenti jika anda berasa bosan.
O Anda befikiran terbuka
P Anda seorang yang suka berkawan dan memahami
Q Anda seorang hipokrit
R Anda suka bersosial
S Pemikiran anda membosankan
T Anda mempunyia attitude yang bagus
U Anda fikir perlu ada level dalam kehidupan
V Anda mempunyai tubuh fizikal yang menarik
W Anda suka hidup yang tidak suka diganggu
X Anda jarang bicara apa yang hendak anda lalukan
Y Anda selalu ada masaalah
Z Anda suka bergaduh dengan seseorang

Rahsia Peribadi Melalui Mandi


Semua manusia dalam dunia ini mandi. Paling tidak pun sebulan sekali… Mandi pun ader rahsia yang sendiri. Jika anda mandi bahagian aper yang anda basuh terlebih dahulu. Jangan menipu, jika tidak anda akan melihat jawapan yang berbeza.


Dada


Anda sorang yang sangat pratikal, amat jujur dan tdak suka berselindung. Bagi anda keperluan diri anda adalah amat penting. Anada kelihat bukan peyabar bagi sesetengah pihak.


Muka


Duit adalah segalanya untuk diri anda. Anda akan mendapatka segalanya yanga apa jua cara yang anda perlukan. Orang lain sukar untuk fahami anda, kerana anda sangat berahsia.


Lengan


Anda yang suka bebas dan kuat bekerja. Secara keseluruhan anda sangat poplular kerana sifat anda yang suka menolong orang lain, Jika anda dalam kesusahan sukar untuk anda beritahu orang lain kecuali mereka yang betul rapat dengan diri anda.


Rambut


Seorang yang artistic, peyanang dan mempunyai pikiran positif. Anda suka mengimpikan aper yang bukan orang lain fikirkan. Anda akan berkerja sekuat hati walaupun diluar kemampuan diri anda. Bagi anda keluarga dan rakan amat penting.


Bahagian Sulit


Anda sebenarnya jenis pemalu. Anda kurang mempunyai keyakinan diri dan selalu sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Anda tidak mempunyai kawan yang ramai dan selalu membuat diri anda sunyi. Anda juga mudah putus asa akan sesuatu pekara.


Bahu


Anda selalunya kelihatan gagal. Ramai orang tidak suka anda. Duit dan kuasa adalah impian anda.


Bahagian Lain


Anda seorang yang biasa, mempunyai kekuatan dalaman yang sukar ditandingi. Anda perlu banyak belajar besabar dan berhadapan dengan beberapa pekara mencabar.

Rahsia Peribadi Melalui Kek Kegemaran


Kek juga boleh melambangkan keperibadian anda. Personaliti anda diukur dengan pilihan kek yang anda sukai akan melambangkan peribadi anda.


Kek Span

Anda seorang agak manis, comel dan manja. Cinta bagi anda sesuatu yang hangat dan banyak persoalan. Anda memiliki sikap keanakan kadangkala merumitkan diri anda.

Brownies


Anda seorany yang sukakan cabaran. Cinta bagi anda merupakan impian indah. Jika anda marah andah amat ditakuti. Anda digemarai kerana pandai berjenaka. Dan anda paling setia dalam cinta.


Kek Orange

Seorang yang licah dan suka bercakap. Kerjaya yang sesuai alah seorang guru atau penguras jualan. Anda pali ramah dan mungkin meyimpan banyak cinta.


Kek Vanila Cokelat

Lembut dan pandai jenaka. Banyak memberi motovasi kepada kawan kawan. Anda boleh berkawan dangan seseorang itu seumur hidup.


Kek Strawberry Cheese

Melambangkan anda seorang yang romantic dan peyangany. Anda akan mengamil berat akan sesapa sahaja yang rapat dengan anda. Tetapi kadang kala anda terlalu emosi dan menjengkelkan orang di sekeliling anda.


Kek Cokelat

Seka memberi dan menerima bantuan. Sangat keratif, suka sesuatu yang mencabar, bercita cita tinggi dan penyabar orangnya. Anda seorang yang tidak takut akan cabaran dan tiada apa yang akan menjadi penghalang pada hidup anda


Ice Cream Kek

Anda dan bidang suka tidak dapat dipisahkan. Walaupuan anda bukan ahli sukan anda paling kurang suka menjadi penonton sukan. Sukar medampinga anda kerana anda seorang yang mempunyai citarasa tinggi.


Carrot Kek

Anda seorang yang lucu dan periang. Bagi anda kepuasan melihat orang lain tersenyum. Semua orang suka anda dan anda seorang rakan yang setia…

Monday, December 21, 2009

Rahsia Peribadi Warna Hari Jadi Anda


Merah
23 Disember - 1 Januari
25 Jun - 4 Julai
Cute dan mudah menyayangi, anda mungkin terlalu memilih dalam cinta.
Tapi sentiasa didalam cinta.
Anda juga jenis yang mencintai dan di cintai.
Anda Sentiasa segar dan ceria sepanjang hari.
Tetapi jika ader yang tidak kena.. moody sepanjang hari.
Mudah untuk bergaul, baik dan lemah lembut, sebeb itu anda amat poplular.
Anda lebih senang rapat dengan orang yang mudah di bawa berbincang dan membuatkan anda berasa selesa.

Oren
2 Januari - 11 Januari
5 Julai - 14 Julai
Anda paling bertanggungjawab dengan aper jua yang anda lakukan.
anda tahu jalan terbaik bagai mana untuk mengendalikan seseorang.
Sentiasa mempunyai matlamat dan juga semagat saing yang tinngi.
Namun anda mempunyai perasaan tidak mudah percaya pada org lain.
Tapi bila kamu mempunyai sahabat dialah sentiasa benar disisi kamu.

Kuning
12 Januari - 24 Januari
15 Julai - 25 Julai
Anda jenis yang sedap di pandang dan nampak baik.
Anda mempunyai naluri cepat mempercayai org lain.
Jika anda seorang pepimpin anda yang paling berjaya.
Anda juga seorang seorang yang mempunyai pertimbangan yang baik.
Anda selalu meninginkan perhubungan cinta yan romantik.


Pink
25 Januari - 3 Februari
26 Julai - 4 Ogos
Anda sentiasa berusaha yang terbaik dalam aper saja yang anda lalukan.
Selalu membantu dan menjaga hati orang lain.
Tetapi anda bukan senang berpuashati dengan sesuatu.
Anda jiga mempunyai sanngkaan buru terhadap sesuatu pekara sebelum berlakunya pekara itu.
Anda selalu Menginkankan cinta yang sentiasa bahagia selama - lamnya.

Biru Muda
4 Februari - 8 Februari
2 Mei - 14 Mei
5 Ogos - 13 Ogos
Anda mempunyai sifat rendah diri yang teramat sanggat.
Selain itu anda ini jenis yang memilih.
Bagi anda anda cepat melupakan sesuatu dalam kehidupan anda.
Berhati hati - hati jangan samakan cinta seperti itu.

Hijau Muda
9 Februari - 18 Februari
14 Ogos - 23 Ogos
Anda senang bergaul dengan apa jua lapisan masyarakat.
Anda bukan jenis seorang yang pemalu, tetapi mampu melukakan hati sesiapa dangan kata kata anda.
Anda jenis yang suka di cinta dan bukan di cintai.
Jangan bersikap sedemikian kerana tak hairan anda akan membujangan sepanjang hayat.


Cokelat
19 Februari - 28 Februari
24 Ogos - 2 September
Seorang aktif dan tak hairan anda seorang ahli sukan.
Agak sukar untuk mendampngi anda.
Anda dikatakan cepat mempunyai perasaan jatuh cinta.
Tetapi anda juga akan mudah mengalah dan melepaskan segalanya jika anda fikirkan ianya tidak membuahkan hasil.


Biru Turquoise
1 Mac - 10 Mac
3 September - 12 September
Anda seorang yang agak unik.
Mempunyai perasaan yang sentiasa berbaur - baur dan cepat berubah.
Anda suka bersendirian dan suka melancong.
Sukan kebenran dan sentiasa mencari kebenaran itu dari orang yang benar benar anda percayai.
Agak sukar untuk mendapat cinta tetapi agak mudah ada ditinggalkan oleh cinta.
Cinta selalu melukakan hati anda.

Kuning Lemon
11 Mac - 20 Mac
13 September - 22 September
Anda jenis yang tenang dan mudah pula mendapat tekanan.
Anda mudah cemburu dan suka memberi komen kepada sesuatu pekara walupaun hal yang remeh temeh.
Anda boleh menyelasaikan perlbagai masaalah yang melanda diri anda dengan mudah.
sebab itu anda paling di sayangan dan di percayai oleh kawan kawan.

Hitam
21 Mac
Anda sukakan cabaran.
Dalam kehidupan anda, permasalahan utama anda jika hendak membuat apa saja keputusan.
Cinta anda amat mencabar dan amat berlainan.

Purple
22 Mac - 31 Mac
24 September - 3 Oktober
Anda Seorang yang agak misteri.
Namun begitau anda bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.
Perubahan cuaca boleh mengubah mood anda.
Anda ramai kawan tetapi selalu berkelaluan kurang bijak dalam membuat keputusan.

Biru Gelap
1 April - 10 April
4 Oktober - 13 Oktober
Anda Seorang yang amat menarik dan Cinta bagi diri anda indah.
Anda mempunyai naluri hati yang kuat.
Anda memunyai sikap sukar memaafkan seseorang jika dia telah melukai hati anda.

Perak
11 April - 20 April
14 Oktober - 23 Oktober
Anda di ketogorikan sebagai seorang yang kuat berangan angan dan pemalu.
Bagi anda anda suka buat benda yang agak baru.
Anda suka mencabar diri sendiri.
Senang mempelajari sesuatu kecuali cinta, kerana ianya selalu memeningkan anda.

Putih
21 April - 30 April
24 Oktober - 11 November
Anda jenis mempunyai matlamat hidup yang agak jelas.
Tetapi anda agak mudah tersentuh dan cepat cemburu.
Anda seorang yang unik dan kerana itu anda menyerlah.

Keemasan
15 Mei - 24 Mei
12 November 21 November
Anda jenis senang menilai yang baik dan yang buruk.
Anda ceria dan senang dibawa berbincang.
Anda sukar bertemu cinta.
Tetapi bila anda berjumpa anda paling setia dengan cinta.

Krim
25 Mei - 3 June
22 November - 1 Disember
Anda sorang yang mempunyai daya saing yang tinggi.
Anda tidak suka kehilangan sesuatu dan sentiasa ceria.
Anda serorang yang senang mempercayai org lain dan senang bawa berbincang.
Anda juga terlalu memilih cinta, bukan mudah untuk anda jatuh cinta.
Anda juga yang seta pada cinta anda.

Kelabu
4 Jun - 13 June
24 Jun
2 Disember - 11 Disember
Anda mempunyai perwatakka yang amat menarik.
Anda bukan seorang yang suka berselindung dan suka berterus terang.
Kadang kala anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri.
Anda seorang yang boleh mencerikan orng lain dan pandai mengambil hati.

Maroon
14 Jun - 23 Jun
12 Disember - 21 Disember
Anda seorang yang amat bijak Anda Tahu aper yang perlu anda lakukan.
Tetapi anda suka melakukan sesuatu pekara mengikut firasat anda sahaja.
Situasi ini boleh menyebabkan anda selalu di cop sebagai mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Tentang cinta anda seorang yang penyabar.
Jika anda bertemu satu cinta agak sukar anda bertemu cinta yang lain.

Hijau Gelap
23 September
Annda seorang yang agak dingin dan baik hati.
Anda sangat baik dengan keluarga.
Anda jiga tidak suka pada keganasan dan selalu memperjuangkan hak tertentu.
Anda juga baik dan ceria.
Tetapi bukan mudah mendekati diri anda.

Hijau Lumut
22 Disember
Paling utama sekali ialah anda tergolong dari wajah yang cantik dan tampan.
Tak hairanlah anda terlalu memilih dalam mencari cinta
Anda suka bertindak sendirian dan selalu memulakan langkah yang kurang bijak dalam membuat keputusan.
Jika nada memimpin anda akan disanjung tinggi.

Friday, December 18, 2009

Rahsia Peribadi Mengenali Anak Kita


Penat dan pening melihat kerenah anak kita. Mungkin ianya boleh membantu. Mengikut kajian pakar motivasi Dato' dari fadzilah kamsah

Dari Segi Fizikal

Bertubuh Kurus
Seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif. Aktif dan pantas bergerak. Agak penakut. Suka diberi penghargaan dan belaian orang lain
Bertubuh Sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan
Bertubuh Gemuk
Seorang yang tenang. Penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat berfikir tapi ngatan tajam, cabar dan jarang marah.

Dari Bulan Kelahiran

Bulan 2,4,6,8,9,11,12
Kelam kabut,mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan
Bulan1,3,5,6,7,10,12
Tenang, mudah bertolak ansur, mudah diajak berbincang
Bulan2,3,4,7,8,9
Emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung

Dari Segi Warna Kegemaran

Hijau - Mencintai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea
Hitam - Serius, tinggi iltizam, buat sesutu dengan bersungguh2
Putih - Optimis, sabar, sangka baik, suka kedamaian
Merah Jambu - Penyayang, bersungguh2, keinginan tinggi
Oren - Suka kebebasan, kreatif, aktif, agak kelam kabut, ramai kawan, semangat tinggi
Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan
Biru Muda - Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain
Emas/Perak - Suka kepada kejayaan

Dari Segi Urutan Dalam Keluarga

Anak Sulung - Cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik - adik, pandai pujuk, suka kawal orang lain
Anak Tengah - Suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, suka bertolak ansur
Anak Bongsu - Berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah, kreatif
Anak Tunggal - Yakin, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita2 tinggi, pemurah

Rahsia Peribadi Akan Diri Anda Melalui Ujian Personaliti


ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.
pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dahtercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...

Thursday, December 17, 2009

Rahsia Cinta Melalui Gabungan Warna Kegemaran


Cinta terbentuk dari gabungan dua hati. Keserasian dan persefahaman adalah inti utama sesebuah percintaan. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengukur keserasian dan persefahaman dalam percintaan dari hanya melihat melalui mata kasar sahaja.

Apakah jenis warna kesukaan kamu dan juga si dia? Adakah kamu mempunyai cita rasa yang sama? Jangan ingat menyukai warna yang sama kamu berdua sudah rasa serasi. Cinta perlu ada dua kombinasi warna yang berlainan dan serasi barulah ianya boleh dikategorikan sebagai pasangan yang ideal. Berikut adalah semakan rahsia cinta di sebalik warna.

Hijau + Oren
Kombinasi warna yang agak kurang serasi kerana kedua-duanya manja. Setiap kali bertemu kamu dan si dia masing-masing mahukan perhatian. Apabila kedua-duanya gagal mendapat perhatian antara satu sama lain mulalah perang dingin. Cara terbaik kedua-duanya haruslah berbincang apa yang pasangan mahukan dan sama-sama berusaha untuk meberi perhatian antara satu sama lain.

Merah + Biru
Biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Kebanyakan orang yang suka warna biru adalah orang seni. Merah pula agak agresif orangnya dank eras hati. Kalau boleh setiap yang diingini harus diturutkan. Tetapi untunglah mendapat pasangan yang boleh bertolak ansur. Walaubagaimanapun janganlah terlalu mendesak kerana kesabaran seseorang ada batasnya.

Merah + Oren
Sama-sama agresif dan tahan lasak. Pasangan ini gemarkan aktiviti yang mencabar. Mereka jarang meluahkan rasa cinta antara satu sama lain kerana lebih suka mengamalkan konsep “sendiri mahu ingat”. Namun hal cinta mereka tidak padan untuk bersama kerana tiada perasaan rasa cinta. Sebaiknya si merah dan si oren perlu di pertemukan dengan insane yang romantic dan boleh buat mereka lupa seketika tentang dunia mereka dan beralih kepada dunia cinta.

Biru + Hijau
Sempurna! Ini adalah pasangan yang paling ideal. Kedua-duanya pengasih dan penyayang. Namun adakalanya dua pasangan ini seperti tidak ada jodoh. Ada saja cabaran dan halangan mereka dalam bercinta. Walabagaimanapun biar sekuat mana badai melnda, sejauh mana mereka terpisah namun hati mereka tetap ingat satu sama lain. Oleh itu untuk si biru carilah pasangan si hijau. Cinta kamu berdua memang romantis.

Rahsia Peribadi Cara Pemikiran Seseorang Melalui Matanya


Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai

Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..
Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.
Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh, orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. Fazilah Kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

Wednesday, December 16, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Coklat


Pelbagai mitos yang telah kita dengar berkaitan dengan coklat, Sejak dari usia kecil lagi ibu melarang kita makan coklat kerana dikhuatiri akan merosakkan gigi. Bila berganjak remaja, ramai yang mengatakan coklat boleh menggemukkan dan menyumbang ke arah masalah jerawat!
Pedulikan semua itu! Ia hanya mitos semata-mata... tiada makanan lain yang mampu menandingi keenakan coklat. Rugi sekiranya kamu tidak menikmati kelazatan coklat itu dari sekarang! Coklat yang bagaimana kamu gemari?

PILIH COKLAT WARNA PUTIH, HITAU ATAU CAMPURAN?

Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.

Coklat susu
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.

Coklat hitam (Dark Chocolate)
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

Coklat campuran (semua rasa)
Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.


BENTUK COKLAT PILIHAN ANDA?

Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar "cuci mata".

Bujur
Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.

Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


KANDUNGAN COKLAT?

Almond
Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

Karamel cair
Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara, semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah.

Karamel keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh diterima pakai.

Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman.

Kacang tanah
Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu akan menjadi lebih bermakna.

Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.


APA KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT

Diramas
Jika kamu makan coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. Fikiran kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering mengeluh dengan sikap kamu itu.

Dilipat
Jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.

Dibentuk bola
Jika anda membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan dalam perhubungan.

Dikoyak-koyak
Kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. Kamu suka membelai kerana pada kamu, belaian jemari kamu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan. Kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

Digulung
Kamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! Suka mencampuri urusan percintaan orang lain. Bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup bahagia! Kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. Hakikatnya kamu perlu menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih subur dan mekar berpanjangan!

Rahsia Peribadi Sikap Melalui Bulan Kelahiran Dari Kajian Dr Fazilah Kamsah


BULAN JANUARI

bercita-cita tinggi dan serius orangnya
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap perkara dibuat seperti nampak keuntungannya
suka smart,kemas dan teratur
bersifat sensitif,berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu,daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya pada orang lain
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi


BULAN FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan perkara-perkara realiti
bijak dan genius
mempunyai personaliti yang mudah berubah
mudah menawan hati orang lain
agak pendiam,pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada temannya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan perasaan marah
tidak suka kepada perkara-perkara remeh-temeh
suka berkawan tetapi tidak suka mempamerkan sikap kekawanannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka kepada perkara berkaitan kesenian
sangat romantik secara dalaman tetapi tidak pada luaran atau zahirnya
sangat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
sering belajar untuk mempamerkan emosinya pada orang lain


BULAN MAC

berpersonaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi oleh orang lain
santa pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi,jujur,pemurah dan mudah berasa simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan oleh orang lain malah diri sendiri dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka pada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang melibatkan orang ramai
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu membalas budi dan tahu mengenang budi orang lain]
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dapat mengawal perasaan
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka memberi perhatian yang sangat tinggi
kelam-kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
berkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jangan terlalu moody


BULAN APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat membuat keputusan tetapi suka menyesal dengan keputusan yang diambil
sangat menarik dan pandai manjakan diri
mempunyai daya mental yang sangat kuat
sangat suka mendapat perhatian orang
sanat diplomatik(suka memujuk),berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure ,pengasih,penyayan,sopan-santun dan pemurah
emosi cepat terusik
mudah mempunyai sikap dendam
agresif,kelam-kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong dan memotivasikan orang lain
suka sakit kepala dan dada
sangat cemburu


BULAN MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah kerana tidak pandai mengawalnya
pandai menrak hati orang lain
perasaan yang sangat mendalam
cantik daris segi menal dan fizikal
tidak perlu kepada motivasi orang lain
berpendirian agak lemah
mudah dipujuk oleh orang lain
suka berangan-angan
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
mempunyai keadaan fizikal yang baik
kelemahan dari segi sistem pernafasan
suka kepada sastera,seni,muzik dan melancong
tidak suka duduk di rumah
tidak mempunyai ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

BULAN JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana bersikap baik
berperangai yang lemah-lembut
tidak suka menyakiti orang lain
mudah berubah sikap,perangai,idea,mood
mempunyai banyak idea baru
bersikap sensitif
sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka membuat lawak dan pandai bergurau
otaknya cerdas dan suka berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mepamerkan sikap pada orang lain
mudah berkecil hati
mudah selsema
suka berkemas diri
cepat berasa bosan terhadap sesuatu
sikap terlalu memilih dan selalu memberi komen
kurang mempamerkan perasaan dalaman
merajuk(sangat kecewa) apabila hati terluka
suka kepada barangan berjenama
mudah menjadi eksekutif
degil
sesiapa yang memuji dirinya dianggap musuh tetapi sesiapa yang menegurnya adalah kawannya.


BULAN JULAI

sangat suka didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti(terutamanya lelaki)
agak pendiam tetapi mudah bercakap apabila dirangsang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan orang lain
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tapi hati mudah terluka
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi tidak dapat melupakan kesalahan tersebut
tidak suka perkara remeh-temeh
suka membimbing secara fizikal dan mental
sangat peka,serta penyayang
layanan yang serupa dengan semua orang
sangat tinggi rasa simpati kepada orang lain
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang melalui pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka duduk di rumah
suka tunggu kawan datang kepadanya tetapi tidak suka mencari kawan
tidak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja


BULAN OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
bersopan-santun dan mengambil berat terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orang yang tegas dan bersikap kepimpinan
pandai memjuk orang lain
terlau pemurah dan terlalu ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang tinggi
cepat marah dan mudah mengamuk
mudah marah apabila pandangannya dikritik
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam
cepat berfikir
suka berdikari
suka berangan-angan
berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat
sangat sensitif dan tidak mudah merajuk
cepat terkena penyakit
suka belajar untuk berehat
sikap kelam-kabut
romantik,dan berkasih-sayang
suka mencari kawan


BULAN SEPTEMBER

sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur
sangat cermat,teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan suka mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap tenang dan mudah simpati kepada orang lain
sangat prihatin dan terperinci,amanah,setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif secara keterlaluan
orang yang banyak berfikir
daya penaakulan yang baik
otak cerdas dan mudah belajar
suka mencari maklumat
terlalu mengkritik hingga menyebabkan orang lain rasa benci
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain
suka hiburan,sukan dan melancong
kurang menonjolkan perasaannya kepada orang lain
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik


BULAN OKTOBER

suka bersembang
suka orang yang sayang kepadanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan bersopan-santun
kecantikan luar dan dalam
mudah berasa simpati dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah
seperti agak pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang lain kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka menerima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam-kabut
daya firasat yang sangat tinggi
suka melancong,seni dan bersastera
pengasih,penyayang dan lemah-lembut
romatik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
suka ambil berat orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


BULAN NOVEMBER

banyak idea
sukar untuk dimengerti
berfikiran kehadapan
berfikiran unik
penuh dengan idea-idea luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang tinggi
ada ciri-ciri menjadi doktor
cermat dan teliti
perosnaliti dinamik
teralu keras hati dan degil
suka berangan-angan
banyak berfikir dan tidak pandai bercakap
mudah mengambil berat tentang orang lain
mudah kecewa apabila dikritik
tidak pandai menghargai pujian
romatik dan emosi yang sangat mendalam
kelam-kabut
suka duduk dirumah
tidak pandai mengawal emosi
jujur dan setia
tidak pandai berkasih-sayang

BULAN DISEMBER

setia dan pemurah
bersifat patriotik
bersikap aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi untuk berjaya dan berusaha mencapainya dan berjaya
boleh menjadi orang yang berpengaruh dalam sesuatu oraganisasi
seronok didampingi
suka berkawan dan dengan orang
bijak mengatur masa
kurang pandai berpura-pura
jujur,amamah
cepat marah
daya fikir yang sangat tinggi dan tajam
perangai yang berubah-ubah
tidak mudah ego
sangat pentingkan harga diri
tidak suka pada konkongan
suka berlawak
berfikiran logik
suka aktiviti riadah
orang yang adil
suka ambil jalan tengah
otaknya cerdas
otaknya sangat bijak dan mudah belajar
berpersonaliti menarik

Rahsia Peribadi Melalui Minuman Kegemaran


LATTE
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan. Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.

Rahsia Peribadi Kenali Kerjaya Mengikut Zodiak


Berikut pilihan karier menurut zodiak. Sesuaikah dengan karier yang selama ini atau sedang anda jalani, Anda sendirilah yang menjawabnya !

Libra
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, konselor, hakim, diplomat, seniman atau ahli psikologi.

Aries
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional, usahawan atau doktor gigi.

Taurus
Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggotakerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman.

Gemini
Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis, penterjemah atau ahli angkasawan.

Cancer
Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling .

Leo
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden.

Virgo
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor, manager, usahawan dan penternak.

Scorpion
Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan. Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia.

Sagitarius
Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar.

Capricorn
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau pentadbiran, sebagai jurutera atau manager.

Aquarius
Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau seniman.

Pisces
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik atau ahli psikologi.

Sunday, December 13, 2009

Rahsia Perhubungan Mengikut Susunan Adik Beradik


Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.


Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung - Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.