CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 23, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Pemakaian Baju Yang Di Gunakan


Warna pakaian yang paling sering kamu kenakan mampu mewakili diri kamu dan menunjukkan siapa kamu sebenarnya! Mungkin kamu sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri kamu!

Merah
Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga.

Merah muda (pink)
Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami.

Kuning
Akif dan bijak berkomunikasi.

Hijau
Berhati-hati dan sensitive

Biru muda
Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi.

Biru tua
Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan.

Ungu
Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik

Cokelat
Jujur dan bersifat pecinta alam.

Hitam
Memiliki kemahuan yang kuat, bersifat lebih terbuka dan berdisiplin.

Putih
Penuh perhatian dan sukakan kedamaian.

Thursday, September 17, 2009

Rahsia Perbadi Mengikut Cara Menghabiskan Makanan


Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Friday, September 11, 2009

Rahsia Peribadi Mengikut Citarasa Percutian


Siapa sahaja suka bercuti. Seronok atau tidak bergantung di mana dan dengan siapa cuti itu akan dihabiskan. Di sini ada sedikit rahsia yang boleh di kongsi ngan semua...

PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!
Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.



BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.
Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.
Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.


BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.


GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali

Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Bentuk Kuku


Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya