CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 1, 2010

Rahsia Peribadi Disebalik Meja Kerjanya


Kebersihan dan kekemasan meja anda bukan saja mampu memikat pancaindera, bahkan cara kita berkerja agar lebih positif. Selain itu meja anda akan menentukan cara anda berkerja dan secara tidak langsung macu diri agar bersemangat untuk terus gigih berusaha dan berjaya dalam kerjaya anda. Tahukah anda meja kerja juga boleh mencerminkan peribadi.

MEJA BERSELERAK

Bagi pemilik meja ini tentulah seorang yang paling kreatif dalam melakukan kerja namun begitu dia bukanlah seorang yang suka mengikut peraturan. Mereka juga terdiri daripada seseorang yang mudah panik, kurang bertanggungjawab dan tidak pandai membahagikan tugasan mengikut pioriti kerja. Namun begitu tidak bermakna dia seorang yang pemalas. Malah kerja dilakukan dengan baik dan kemas. Dan hasilnya diluar dugaan walaupun mejanya agak bersepah. Individu jenis ini kurang selesa jika berkerja jika mejanya tersusun rapi.

MEJA KOSONG

Tiada apa yang kelihatan kecuali telepon pejabat, komputer dan kadang kala handponenya sahaja di atas meja. Segala keperluan kerja di letakan didalam laci dan dikeluarkan bila perlu sahaja. Pemilik meja ini adalah jenis individu yang serius melakukan kerja dan amat mementingkan disiplin diri. Individu jenis ini tidak akan meninggalkan kerja sesuka hati dan sanggup membantu di mejanya selagi kerjanya tidak selesai. Individu jelis ini tidak gemar bergurau pada waktu kerja dan tahap pergaulannya amat rendah. Tak hairanlah individu jenis ini kurang bersosial dan tidak ramai mempunyai kenalan.

MEJA CERIA

Mejanya seperti dunianya. Penuh dengan photo peribadi simpanannya. selain itu terdapat banyak aksesori yang cantik dan menawan. Pemilik meja ini sedah tentu dari kalangan indivutu yang bersikap terbuka. Mereka juga sering berjenaka dan sering menjadi penghibur rakan sepejabat. mereka juga seorang yang kreatif dan mudah mengikut peraturan dan bertanggugjawab. Selain itu boleh menerima beban kerja dan bertangungjawab atas tugasanya. Sikapnya yang ceria mudah didampingi dan disukai oleh sesiapa sahaja pun.

MEJA FORMAL

Pemilik meja ini amat teliti. Perhatikan mejanya sentiasa kemas dan segala peralatan yang digunakan teratur. Segala keperluan disusun rapi dan mudah dicapainya bila perlu. Mejanya tidak serabutn tenang mata memandang. Pemilik meja jenis ini terdiri dari seseorang yang amat teliti terhadap kerjanya. Mereka juga seorang yang fleksible dan bijak membahagi masa untuk kerja dan berhibur dengan rakan sekerja.