CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 24, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Saiz Tapak Tangan


Saiz tapak tangan melambangkan kemampuan pemiliknya mengawal orang di sekelilingnya, duit, kedudukan dan pembawaan diri di khalayak ramai. Ianya melambangkan kebolehan orang itu menjaga hartanya dan perhubungan orang lain.

Saiz Tangan Sederhana Dan Lembut

Orangnya lembut dan menarik. Sangat bernasib baik dalam urusan kewangan. Sangat berjaya dalam kehidupanya tampa perlu bekerja keras.

Saiz Tangan Sederhana Dan Keras

Pemiliknya seorang yang suka belajar dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa. Peramah serta penyayang. Aktif dan menarik. Pemikiran yang jelas akan arah tuju hidup dan kerjayanya. Pandai mengambil peluang untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi.

Saiz Tangan Kurus Dan Kering

Tangannya lurus. Nampak tulang. Kulit tangannya kering. Orangnya sangat berhati – hati dalam segala gerak geri. Suka bedikari dan bekerja keras dalam membina kerjaya tampa banyak bantuan dari orang lain. Keras kepala dan tidak suka mendengar nasihat orang.

Saiz Tangan Besar Dan Keras

Saiz tangan amat besar dan nampak tulang. Mempunyai fizikal yang gagah. Namun mempunyai pengetahuan yang amat cetek. Anda sukar berjaya dalam kerjaya.

Saiz Tangan Besar Kulit Tebal Dan Lembut

Pemilik tangan besar ini adalah seoranng yang artistic, kreatif dan sangat berjaya dalam hidupnya. Anda seorang yang banyak ilmu dan tidak kedekut. Anda juga senang dari segi kewangan.

Saiz Tangan Kecil

Empunya tangan ini adalah seorang yang idealistic sukar untuk menterjemahkan diaenya dalam reality dan pratikal. Seorang yang amat mementingkan masa dan siap mengikut jadual.

0 comments: